Wednesday, February 7, 2018

HUKUM PENGGUNAAN EMAS DAN PERAK

✏
Assalamu’alaikum wrt wbrt. Didoakan agar semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah selalu. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah S.W.T. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w. serta keluarga baginda dan dikasihi juga buat para sahabat yang banyak berkorban dalam menegakkan agama Allah S.W.T. Moga kita semua sentiasa dalam petunjuk dan redha Allah S.W.T dalam setiap apa yang kita lakukan.
Pada hari ini, kita akan dikongsikan berkaitan dengan tajuk hukum penggunaan emas dan perak. Di dalam kitab al-Fiqh Al-Manhaji , menyatakan bahawa tidak harus menggunakan emas dan perak sebagai bekas makanan, minuman, dijadikan alat tulis, alat mencelak mata, hiasan rumah dan tempat keramaian , masjid kedai dan sebagainya sama ada emas dan perak yang digunakan itu besar ataupun kecil.
Begitu juga, haram menyimpan barang tersebut yang diperbuat daripada emas dan perak walaupun tidak menggunakannya. Ini kerana kaedah menyebut “ sesuatu yang haram digunakan , haram juga disimpan.”
Terdapat banyak dalil dalam kitab-kitab dan sunnah yang sahih berkenaan pengharaman ini. Ini berdasarkan hadith daripada Ummu salamah RA, Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “ Sesiapa yang minum menggunakan bekas daripada emas atau perak, ssungguhnya dia meneguk neraka Jahanam ke dalam perutnya.”                                                                                                                                                                Riwayat Muslim
Begitu juga, hadith daripada Huzaifah RA, katanya : Aku mendengar rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “ Jangan minum menggunakan bekas daripada emas dan perak dan jangan makan menggunakan pinggan daripada kedua-duanya. Kesemuanya adalah bagi kegunaan orang kafir di dunia.”                                                         Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini bermanfaat pada kita semua.


فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

No comments: