Wednesday, August 2, 2017

Gaut tak boleh makan ayam

Dulu Doktor banyak berpesan, jangan makan daging merah, tapi daging putih boleh. Jadi ayam tergolong dalam kategori daging putih.

Jadi saya rasa boleh la makan...

Saya start diet atkins dengan makan ayam dalam 5 ketul sehari. Tapi gaut saya semakin bertambah. Saya pun cek darah, tahap uric acid sangat tinggi melebih 2 kali ganda dari paras normal huhu.

Sendi dekat ibu jari membengkak tidak surut-surut walaupun telah makan ubat dan injek lagi.. akhirnya saya google, memang diet atkin sukar untuk orang yang kena gaut.

Jadi kena kurangkan pengambilan ayam dan ikan. Sehari mungkin boleh ambil paling banyak seketul. macam-macam tak boleh makan sekarang... entahlah...

Diet atkin selama 4 hari, alhamdulillah turun 4kg.. sekarang ingat nak beralih kepada diet kalori. limit pengambilan 1500 kalori sehari.

Sunday, July 23, 2017

Makanan yang menyebabkan Gout

Saya sudah mengalami penyakit Gaut ni sejak berumur 22 tahun dan sekarang, hampir setiap bulan saya kena gaut. Bila bekerja, setiap bulan mesti ada satu hari MC. Kalau teruk, 2 harilah MC. Bad rekod jugalah kalau isik ada MC setiap bulan.

Punca yang saya rasa cepat kena gout adalah:
1. Makanan. memang selalu mak masak seafood, dan selalu makan kambing bbq masa belajar kat australia tahun 2007-2008. Kena gout tahun 2009. Ingatkan sakit terseliuh ke apa, tapi bila makan ubat tahan sakit abah saya punya, sakit kat sendi tu hilang.
2. Genetik sebab abah saya ada gout start umur 40 tahun.
3. Gemuk.. berat saya memang dalam 90kg-110kg

Sepanjang 8 tahun ni, saya test banyak benda yang saya makan akan menyebabkan gaut. antaranya:
  1. Daging merah - daging lembu, kambing, rusa
  2. Ikan besar seperti ikan tenggiri, ikan merah, ikan keli
  3. Ikan sardin dan telur ikan
  4. Sayuran seperti cendawan, tomato, bunga kubis, brakoli, kubis,
  5. Roti, semua jenis roti sebab ada yis
  6. Susu
  7. pati buah delima
  8. habatus sauda
  9. Bayam, saya test macam tak kena sangat gaut tu
  10. Semua kekacang seperti kacang tanah, kuaci, oat, soya, kaca peas, jagung
  11. kicap
  12. umbisi seperti kentang, ubi kayu, keledek. karipap pun takleh makan
  13. pisang - pisang goreng, cekodok pisang, apam pisang
Benda yang boleh makan ialah:
  1. ayam
  2. telur ayam
  3. nasi
  4. ikan kembung/selar




Ada satu produk saya makan, kurang sikit kena gaut iaitu mengkudu bismi. http://bismijusmengkudu.blogspot.my/

Bapa saya makan pun tak kena gaut sejak 3-4 bulan yang lepas, Raya 2017 ritu dia tale daging rendang sepinggan pun, masih tak kena. tapi saya kena gak lah sebab banyak sangat makan kuih. uric acid saya sentiasa tinggi setiap bulan..

dulu pernah nak diet kononnya dan makan out waktu pagi dan malam, last-last kena gak gaut.

mulai esok 24/7/2017, saya nak start diet atkins. baru tau ada diet atkins 2 minggu lepas. sekarang berat 99.8kg, insyaallah nak set berat 70kg dalam masa 3 bulan. mohon doakannyer.