Tuesday, August 28, 2012

Berkahwin dengan cinta pertama

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menetapkan jodoh aku pada 21 April 2012. Setelah lama aku mahu citer bab kahwin ni, baru sekarang terbuka hati untuk berkongsi dengan pembaca.


10 Disember 2011...

Abah:  erm.. ko ni, keje pun tak lagi, da nak kahwin!! 

Aku:   In nak kahwin bukan kerana papepun abah. In kahwin ikhlas untuk jaga dia. Dia baru kematian ayahnya, sekarang duk ngn mak tiri. Sian dia abah. Insyaallah rezeki itu tetap ada. dia bukan nak minta hantaran banyak. dia minta al-quran je abah. tak lebih pun.

Abah:  itu cakap dia. dia takde hak untuk bercakap sbb dia bukan sebatang kara. Ko bukan tahu dia ade sedara mara. walaupun bapak dia da meninggal, tapi kaum kerabat dia ada. tah-tah dia minta itu ini. kalau dia sebatang kara, bulan depan abah kahwinkan ko...

Aku:  tah la abah, kesian dia..

Abah:  Ko sebagai lelaki, sebelum ko kesiankan orang lain, ko kene kesiankan mak bapak ko dulu, pastu adik beradik barulah orang lain!!!

Aku:  ( Tergamam aku seketika sambil menahan air mata yang nak kuar. Biasela bapak aku memang jenis panas baran ).  In sayang abah dan mak. In bukan nak kawin sebab sayang kan si dia saje.

Abah:  Ko kene tahu tanggungjawab sebagai suami. ko kene bertanggungjawab kepada ibu bapa sendiri, isteri, ibu bapa belah isteri dan juga bertanggungjawab kepada adik beradik terutama adik beradik perempuan. 

Aku:  Yelah abah.. 


Sebenarnya banyak bapa aku katakan. huhu.. Mula2 memang la dia marah. Mana tak marah, dia memang sangat risau pasal aku. Keje tak lagi. baru je wat praktikal kat shah alam. dengan elaun RM800 sebulan, kereta bapak aku bagi pinjam, bagi lagi duit bulanan RM400.. da mula cakap pasal kahwin. Hidup aku pun masih ditanggung leh bapak, camne aku nak tanggung isteri aku nanti... aku pun tak tau nasib aku. hanya berserah pada yang Esa.

Setiap malam aku cuba istiqamah.. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat dan sunat hajat nabi yunus 2 rakaat. hampir tiap2 ari baca surah yasin dan berdoa apabila jumpa perkataan Mubin..

Akhirnya, bapak aku merancang untuk buat majlis dalam awal tahun 2012. huh awal tu jugak tu.. aku pun tak tau samaada aku dapat kerja atau tak. Aku cuma berserah pada tuhan yang lagi mengetahui.

So, pertengahan bulan 12, aku watla appointment ngn keluarga si isteri aku. bertekak gak la ngn Pak Ngah dia. sampai kuar air mata gak la bertekak. Mana tak nya, aku nak wat kenduri kecil-kecilan, isteri aku pun setuju, tapi sedara-mara nak gak wat kenduri. nak gak hantaran 10K katanya.. itulah akibat sedara mara yang mengaku seperti ayah dia.

Inilah pengajaran pertama bagi aku. betulla apa yang bapak aku cakap. Selagi dia ada sedara mara, dia tu takde hak tuk cakap pasal hantaran. ketika bertekak ngn Pak Ngah, isteriku hanya senyap jer. erm.. memang aku sorang je cakp tuk wat hantaran kecil-kecilan. Tapi sedara mara dan ibu tirinya setuju apa-apa keputusan Pak Ngah dia.. huh.. memang ape yg aku dengar sebelum ini daripada mulut isteri aku adalah tidak boleh dipakai langsung..

Sehari sebelum bertunang, aku, abg aku (hazwan), mak dan bapak aku pegi kerumah isteriku untuk berbincang. akhirnya mak bapak aku sepakat 8k sbg hantaran. walaupun hati aku tak tenteram, tapi aku terpaksa la menerima apa-apa keputusan yang dipersetujui. pada masa itu ditetapkan tarikh kahwin pada hujung bulan 4.

Alhamdulillah, akhirnya aku bertunang pada 25 Disember 2011, dan bernikah pada 21 April 2012. Walaupun banyak masalah berlaku sebelum ini, aku bersyukur kerana majlis berlangsung dengan baik.

Antara dugaan yang dihadapi ketika tempoh tunang:
1.aku langgar teksi. abis myvi, 3minggu dalam workshop
2. masalah siapa jadi wali kepada isteriku
3.gaduh la sikit2 ngn bakal isteriku. biasala sikit2.. tapi takde la sampai bagi tau ibu bapa aku.

Aku pun dapat offer keje pada bulan April 2012. walaupun tak dapat gaji pertama lagi, aku da dapat permission KAHWIN. huhuhu.. memang kuasa tuhan mengatasi segala-segalanya.

Aku juga mahu berkongsi sedikit sebanyak ape yang aku amalkan ibadah2 sehingga dapat rezki camni.
1. sebelum tido wat solat taubat dan solat hajat
2. baca surah yasin setiap ari dan jgn lupa berdoa ketika jumpa mubin.
3. surah2 yang dibaca setiap kali lepas solat fardu:
      3.1 al-ikhlas 3x
      3.2 Lakad jaakum sampai abis 3x
      3.3 Ayat seribu dinar  3x
      3.4 ayatul kursi 1x
      3.5 Fatihah 1x kepada Nabi Muhammad SAW, ibu bapa dan diri sendiri.
4. berdoa dipermudahkan segala urusan setiap kali pas mayang fardu.

insyaallah........... allah maha pemurah lagi pengasih












Sunday, August 5, 2012

Kandungan usia 4 minggu

Allah  maha besar dan maha mengetahui setiap sesuatu yang telah, sedang ataupun akan berlaku.

Isteriku yang baru aku kahwini hujung bulan april 2012, sangat gembira apabila tidak datang period kerana mengesyaki mengandung. Jadi dia suh la aku beli UPT test tuk test urin sama ada ngandung ke tak.

upt test dibuat pada hari pertama, kedua dan keempat tak datang period. keputusannya menunjukkan 2 lines dimana 1 line adalah samar-samar. mengikut pembacaan dari catalog, blog dan forum, walaupun 1 line adalah samar, tapi keputusannya adalah positif.

hari kelima, isteriku pergi ke klinik di Rembau. Doktor kata upt test result masih samar. doctor tak boleh nak sahkan mengadung atau tidak dan menyuruhnya datang kembali 2 minggu lagi

Namun, pada keesokan harinya, isteriku yang bekerja di kilang proses ayam di Rembau, dikehendaki berurusan dan guide pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan, Jakim, Veterinar yang datang untuk check condition dan kualiti ayam. Jadi hari itu dari pukul 8 pagi - 12 tgh ari adalah waktu yang paling busy, paling penat melayan kerenah pegawai-pegawai tu dan paling TENSION.

Erm.. rezeki itu adalah hak Allah. Akhirnya isteriku turun darah pada hari keenam. perut rasa sakit, pinggang rasa bisa dan badan rasa lemah.

keesokan harinya, isteriku mendapati ada 2 ketul daging sebesar ibu jari yang berasingan. kami beranggapan mungkin dia adalah kembar. memang betul kalau mengandung anak kembar, peluang tuk kandungan survive adalah 50%. walaupun tension dalam beberapa jam tapi kandungan tak boleh survive.

Kami merujuk doctor di senawang. kami mebuat keputusan untuk menjalani ultra sound tuk check keadaan rahim. Dinding rahim dah tak tebal dan keadaan ok. Darah di rahim akan keluar macam period katanya. cuma nasihatnya jika darah keluar selama 2 minggu dan demam berpanjangan, kenela pergi hospital.

aku pun kol mak dan menceritakan keadaan isteriku. Mak aku kata tak yah pantang sebab masih terlalu awal. Tapi melalui pembacaan dari blog dan forum, ada yang mengatakan suruh berpantang selama 2 minggu. kawan isteriku yang baru beranak pun nasihatkan berpantang.

banyak hikmah disebalik ape yang berlaku. Sebenarnya aku sendiri tak sedia tuk jadi bapa. Mana taknya, aku baru je keje masa kahwin hari tu. dan aku pun belum duduk satu rumah dengan isteriku. hanya seminggu sekali atau 2 kali balik. kesian isteri ku tinggal sorang2. duit gaji pun tak dapat simpan. bayar kereta, rumah sewa, duit minyak, tol dan macam2, abis camtu je.

Kalau aku merancang, aku tak tau keadaan samaada isteriku boleh ngandung ke tak. takut apabila merancang, kita tak sedar sama ada kita ada masalah tuk mengandung. mungkin masalah dari suami ataupun perempuan.

tapi kalau isteriku masih mengadung aku bersyukur dan terima anugerah yang diamanahkan oleh tuhan dengan redha. insyaallah, orang kata anak itu adalah rezeki. insyaallah, allah akan cari jalan tuk tambahkan rezeki tuk anak2.

Semoga isteri sentiasa sihat dan tidak sedih terlalu lama... love you so much.