Tuesday, June 26, 2018

Resipi Ayam Bakar

[2:59 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Assalammualaikum Jang. Ni resepi marinate lamb,chicken n beef.

Bahan2 utk diblend:

Cili kering
Bwg putih(biasa)
Bwg besar(lebih2kn)
Halia
Belacan Melaka
Air perahan lemon
Kicap manis


[2:59 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Garam n gula secukup rasa
[2:59 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Olive oil
[3:00 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Semua tersebut diblend kemudian diperap dgn lamb etc
[3:01 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Dah siap blend,rasa dulu baru perapkn
[3:01 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Masa perap tu nk gaul dgn daun ketumbar yg dah diracik-racik pun ok
[3:02 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Perap digalakkn semalaman simpan dlm fridge.
[3:04 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Masa ko bakar tu,dah dekat nk masak tu ko renjiskn dgn sos Lea peirin(klu tk silap ar spelling)
[3:05 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Sos ni sos penambah rasa
[3:06 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Ni utk cecah ar dgn sos cili
[3:08 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Dah buek share foto
[3:08 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Den nk nengok
[3:09 PM, 10/20/2017] Akhtar Utem: Ko bakar guna arang or kayu api lobeh sodap

Saturday, March 3, 2018

Mengatasi kanser

Nak share slot dlm rancangan Prof Muhaya dlm TV Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser.

Kanser adalah kegagalan manusia yg kurang mkn sayur n buah.

Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS.

Bykkan ...
G - Greens,
B - Berries,
O - Onion,
M - Mushrom,
S - Seeds.

Kurangkan protein dlm hidangan.

Bykkan air putih.

Elakkan protein, gula adalah baja utk kanser.

Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4.

Semasa diagnos koma 3 hari.

Kembali sihat setelah mengamalkan makan h.sauda, air zam2, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc ).

Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural.

Tak mengambil perubatan seperti kimo. Dgn alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ... kansernya tidak bkembang.

Dia yakin dgn cara natural beliau btambah sihat.

Pemakanan sblm kena kanser...fast food, McD, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang mkn buah n sayur.

Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat mkn kpd yg lebih sihat n natural.

Bykkan sayur hijau, jus buah n buah-buahan.

Sharing is caring.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser :

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.

Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

*** Jangan kedekut ilmu. Sila sebarkan!

Thursday, February 22, 2018

Angan-angan yang Menyesatkan



Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmatNya masih lagi Allah S.W.T meletakkan kita di dalam golongan orang-orang yang bercita-cita untuk memperoleh syurga akhirat. Sebahagian orang menganggap bahawa syurga dunia yang diperoleh tanpa pengorbanan dan mujahadah terhadap agama akan juga diperoleh di akhirat. Sungguh,pemikiran mereka sebenarnya merupakan angan-angan yang menyesatkan. Firman Allah S.W.T ;        
يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا
Maksudnya : “Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata”
                                                                                                                        (Surah An-Nisa;120)
Angan-angan kosong merupakan senjata syaitan untuk menyesatkan hamba Allah S.W.T. Syaitan membisikkan angan-angan kosong di telinga mereka supaya tenggelam dengan kesenangan dunia dan melewat-lewatkan taubat. Dengan bermodalkan angan-angan kaum muslimin tidak akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akan tetapi apa yang menjadi ukuran adalah ketaatan kepada Allah S.W.T.
Nabi Muhammad s.a.w melarang  perbuatan yang melampaui batas dan berangan-angan kosong. Sebagaimana di dalam sabdanya yang bermaksud : “ Orang yang cerdik adalah orang yang menjauhi nafsunya dan beramal untuk (bekal) setelah mati. Adapun orang yang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap (turunnya pengampunan) Allah S.W.T.”
                                                            (HR Tirmizi, Ahmad, dan Ibnu Majah)
Dengan kata lain, orang  bijak adalah orang yang sentiasa bermuhasabah diri dan mempersiapkan diri bagi menghadapi kehidupan setelah kematian. Tetapi orang yang lemah sentiasa berkhayal,  mempersia-siakan kesempatan hidupnya di dunia, mengikuti hawa nafsunya dan kemudian berangan-angan akan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.
Yakinlah bahawa tidak ada hubungan di antara Allah dengan makhlukNya melainkan melalui perantaraan amal soleh dan ketakwaan. Oleh itu marilah kita bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk keluar daripada tipu daya syaitan yang terkutuk. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberi petunjuk kepada kita semua untuk melakukan amal soleh bagi mencari bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak. Amin.
فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

Tuesday, February 13, 2018

BERBUAT BAIK SESAMA SUAMI ISTERI

BERBUAT BAIK SESAMA SUAMI ISTERI
Assalamualaikum w.b.t. bersyukur pada Allah S.W.T yang telah memberi nikmat keluarga pada kita. Tetapi nikmat keluarga tidak lengkap jika tiada nikmat kasih sayang didalamnya. Hadis nabi Muhammad s.a.w:
عن ابي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اكمل المؤمنين ايمانا احسنهم خلقا , وخياركم خياركم لنساءهم خلقا.
(حسن صحيح.)
Maksudnya : “Daripada Abi Hurairah katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w. : Yang terutama daripada orang-orang mukmin yang beriman ialah yang lebih elok perangainya dan sebaik-baik daripada kamu ialah yang berbuat baik pada isterinya”.

            Allah S.W.T telah menjadikan perempuan sebagai pasangan kita dalam kehidupan di dunia ini. Maka bagi suami haruslah bertimbang rasa dan menunjukkan sifat kasih terhadap pasangannya iaitu isteri mereka sendiri. Istimewa pula mereka itu telah dijadikan Allah S.W.T sebagai tawanan suami mereka kerana tidak mempunyai kemerdekaan yang cukup sebagaimana yang diperoleh oleh suami mereka. Maka apabila kita telah tinggal bersama sebagai suami isteri hendaklah lebih baik perangai kita terhadap isteri kita. Demikianlah yang disuruh oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mengharung rumahtangga.

Apa yang dikatakan bercampur duduk bersama-sama suami isteri dengan perangai yang baik?

            Kata Imam Ghazali, bukannya makna perangai yang baik dengan isteri itu menolak mudharat daripadanya sahaja, bahkan menolak mudharat daripadanya serta menanggung apa-apa kesakitan dan kemarahan daripada isteri.

            Jangan tinggalkan isteri di rumah tanpa diberi nafkah kepadanya,dan tidak diberi keluar dari rumah kerana berjumpa ibu bapanya atau orang yang patut diziarahinya. Jangan beri sangat sedikit ataupun sangat banyak perbelanjaan tetapi berilah dengan kadar yang upaya, patut dan sesuaidengan keadaannya. Jika dibuat dengan betul caranya, maka tidak akan memberi mudharat kepada isteri, dan jika melakukan perbuatan yang tidak kena dengan caranya maka perangai isteri akan rosak dan boleh menimbulkan pergaduhan.

Demikianlah Rasulullah s.a.w beserta sahabatnya terhadap isteri-isteri mereka. Oleh itu perlulah saling bertolak ansur didalam perhubungan suami dan isteri. Mudah-mudahan kekal hingga ke syurga. Amin.
 

فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

Wednesday, February 7, 2018

AKHIR ZAMAN: HURU HARA YANG DICERITAKAN DI DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang masih memberi kita meminjam dan menghirup udara pernafasan kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah juga untuk kita kerana Allah masih menetapkan kita, hati-hati kita didalam dua nikmat yang sangat berharga iaitu nikmat Iman dan Islam.
insyaAllah, di hari Jumaat yang penuh barakah,maghfirah dan rahmat ini, penghulu segala hari, saya akan sama-sama berkongsi iaitu mengenai sambungan tajuk yang lepas iaitu “huru-hara hari qiamat”. Hayati dan fahami dengan baik agar ianya dapat dijadikan pengajaran dan peringatan buat diri kita semua.
Seperti sedia maklum, apa yang ingin dikongsikan ini dikisahkan dan diceritakan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran mengenai balasan-balasan yang perit bagi orang kafir sehingga mencetuskan suasana huru-hara pada hari pembalasan itu nanti. Ayuh!! Sama-sama kita kongsikan sambungannya.
Firman allah s.w.t. di dalam al-Quran surah Ibrahim ayat 48-50:
Maksudnya: (Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan meraka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha PerkasaDan kamu akan melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu.Pakaian mereka adalah dari pelangkin (ter) dan muka mereka ditutup oleh api neraka,

Ayat di atas, Allah s.w.t. menceritakan akibat kebsombongan,kebongkakkan, keangkuhan dan ketidak taatan kepada Allah, lalu mereka orang kafir ini akan dibangkitkan dan dihadapkan kehadapan Allah s.w.t  dalam keadaan diikat, memakai pakain ter( iaitu sejenis pakaian yang mudah  dinyalakan api), dan wajah yang diselubungi api menyala. Alangkah ngeri dan pedihnya balasan untuk mereka di atas segala keburukkan mereka di dunia.
Imam ath-Thabari dan tafsir Jalalain menafsirkan ayat 49 itu dengan tafsiran mereka iaitu mereka yakni orang-orang kafir akan diikat bersama-sama dengan syaitan-syaitan mereka dengan tali-tali ataupun rantai besi. Nau’dzubillahi min dzalik.
Tatkala mereka orang-orang kafir melihat pembalasan dan azab yang teruk serta pedih bagi mereka maka timbul kekesalan dan penyesalan yang menyelubungi mereka. Namun, ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi dan Allah namakan untuk mereka orang-orang kafir ini dengan nama “hari penyesalan” sepertimana yang difirmankan Allah s.w.t. di dalam surah Maryam ayat 39:
وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman.
Akibat  begitu besarnya penyesalan orang kafir atas perbuatan dan tingklahlaku mereka  terhadap Rasul yang diutus kepadanya atas perbuatannya mengikuti musuh-musuh para rasul, mengingkari perintah-perintah Allah s.w.t dan tidak mengimani dengan Allah maka mereka orang-orang kafir ini  menggigit tangannya kerana menyesal. Sepertimana yang difirmankan Allah s.w.t di dalam surah al-Furqan ayat 27-29:

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا(27)
Maksudnya: Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".


يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا(28)
Maksudnya: Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku).
لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا(29)
Maksudnya: Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.
Apa yang dilakukan oleh mereka orang-orang kafir di atas penyesalan terhadap apa yang dilakukan semuanya tidak lagi diterima Allah.  Hal ini kerana, ketika kehidupan mereka di dunia Allah telah mendatangkan utusanNya untuk membawa kebenaran yang nyata iaitu (Islam), namun mereka mengingkari dan memperolok-olokkannya dengan sengaja. Akibat tidak mahu menerima ajaran dan para rasul yang Allah utuskan maka inilah balasan yang setimpal untuk mereka orang-orang kafir yang tidak mahu mengikut Allah.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ilmu-ilmu agama agar kita dapat sama-sama membimbing dan mengajak sahabat-sahabat yang berlainan agama selain Islam untuk kembali kepada fitrah asal seorang manusia. Walaupun tiada paksaan dalam beragama namun ingatlah islam adalah agama yang benar dan nyata kebenarannya. Hikmah, nasihat yang baik, dan berbahas dengan pengakhiran yang baik adalah cara atau kaedah yang sesuai untuk menarik minat mereka kepada Islam. Waallahua’lam.

HAZ/UDS
PUSAT ISLAM
 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA




فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,

76100 Durian Tunggal,
Melaka

HUKUM BERCELAK

 HUKUM BERCELAK 👀

Assalamu’alaikum wrt wbrt. Didoakan agar semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah selalu. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah S.W.T. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w. serta keluarga baginda dan dikasihi juga buat para sahabat yang banyak berkorban dalam menegakkan agama Allah S.W.T. Moga kita semua sentiasa dalam petunjuk Allah S.W.T dalam setiap apa yang kita lakukan.

Perkongsian kita pada pagi ini adalah berkaitan “Hukum memakai celak”. Ada dikalangan kita yang suka memakai celak samada di dalam atau di luar rumah. Merujuk kitab al-Mufassol karangan Dr. Abdul Karim Zaidan, menyatakan bahawa hukum memakai celak  adalah harus sama ada bagi lelaki ataupun perempuan. Celak adalah perhiasan yang pernah dipakai oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana yang direkodkan dalam hadis Tirmizi dan Ibn Majah daripada Ibn Abbas yang bermaksud,
“Pada diri Nabi, ada celak yang digunakan oleh beliau sebanyak tiga waktu.”
Dalam hadis yang lain pula Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memakai celak maka hendaklah dipakainya sebanyak tiga kali.”
Sarjana Islam menetapkan harus memakai celak bagi lelaki ataupun perempuan dan tiada larangan memakai nya melainkan pada ketika mengerjakan haji iaitu makruh hukumnya.
Perlu diingat perhiasan yang dilarang ke atas kaum wanita itu bukannya celak, tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi, dan seumpamanya yang banyak terdapat pada hari ini. Alat-alat solek ini adalah perhiasan yang banyak menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.
Oleh itu, bagi kaum wanita, janganlah ambil mudah dalam bab bercelak ini setelah mengetahui hukumnya. Kerana tidak mustahil sesuatu hukum harus boleh bertukar kepada haram kerana sikap dan kelakuan kita. Kita perlu lebih berhati-hati dan betulkan niat dalam setiap apa yang kita ingin lakukan agar tidak timbul sebarang fitnah yang mana akan merosakkan diri dan orang disekeliling kita. Semoga perkongsian hari ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua. Sekian, terima kasih.

 فوست إسلام
Pusat Islam
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

HUKUM PENGGUNAAN EMAS DAN PERAK

✏
Assalamu’alaikum wrt wbrt. Didoakan agar semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah selalu. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah S.W.T. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w. serta keluarga baginda dan dikasihi juga buat para sahabat yang banyak berkorban dalam menegakkan agama Allah S.W.T. Moga kita semua sentiasa dalam petunjuk dan redha Allah S.W.T dalam setiap apa yang kita lakukan.
Pada hari ini, kita akan dikongsikan berkaitan dengan tajuk hukum penggunaan emas dan perak. Di dalam kitab al-Fiqh Al-Manhaji , menyatakan bahawa tidak harus menggunakan emas dan perak sebagai bekas makanan, minuman, dijadikan alat tulis, alat mencelak mata, hiasan rumah dan tempat keramaian , masjid kedai dan sebagainya sama ada emas dan perak yang digunakan itu besar ataupun kecil.
Begitu juga, haram menyimpan barang tersebut yang diperbuat daripada emas dan perak walaupun tidak menggunakannya. Ini kerana kaedah menyebut “ sesuatu yang haram digunakan , haram juga disimpan.”
Terdapat banyak dalil dalam kitab-kitab dan sunnah yang sahih berkenaan pengharaman ini. Ini berdasarkan hadith daripada Ummu salamah RA, Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “ Sesiapa yang minum menggunakan bekas daripada emas atau perak, ssungguhnya dia meneguk neraka Jahanam ke dalam perutnya.”                                                                                                                                                                Riwayat Muslim
Begitu juga, hadith daripada Huzaifah RA, katanya : Aku mendengar rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “ Jangan minum menggunakan bekas daripada emas dan perak dan jangan makan menggunakan pinggan daripada kedua-duanya. Kesemuanya adalah bagi kegunaan orang kafir di dunia.”                                                         Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Semoga apa yang dikongsikan pada hari ini bermanfaat pada kita semua.


فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

Tanda-tanda Menjelang Kiamat



Imam Ahmad mengatakan, Abu Mughirah bercerita kepada kami, Safwan bercerita kepada kami, Abdurrahman bin Jubair bin Nazhir bercerita kepada kami, dari ayahnya, dari Auf bin Malik Al-Asyja’i, dia berkata, “Aku menemui Rasulullah saw, lalu aku mengucapkan salam kepada beliau. Beliau bertanya Auf kah itu? Aku menjawab, Ya. Beliau menjawab, sila masuk.’ Aku bertanya, “aku secara keseluruhan atau sebahagian sahaja?’ beliau menjawab, secara keseluruhan.’

Kemudian beliau bersabda, ‘wahai Auf ! hitunglah enam (tanda-tanda) menjelang kiamat, yang pertama adalah kematianku.’ Aku pon menangis hingga Rasulullah saw mendiamkanku. Beliau berkata, katakan, itu pertama.’ Aku berkata, ‘itu pertama’.

Beliau berkata lagi, kedua, penaklukan Baitul Maqdis.’ Beliau berkata, katakan, itu kedua..’ aku berkata, itu kedua.’

Beliau berkata lagi, ketiga, dua kematian yang ada di tengah-tengah ummatku yang menyerang mereka seperti kambing yang mati dengan cepat.’ Beliau berkata, katakan, itu ketiga..’

Beliau berkata lagi, keempat, fitnah paling besar(yang terjadi) di tengah-tengah umatku.’ Beliau berkata, katakan, itu keempat..’

Beliau berkata lagi, kelima, harta melimpah di tengah-tengah kalian hingga seseorang diberi seratus dinar lalu dia marah kerananya.’ Beliau berkata, katakan, itu keempat.’

Beliau berkata lagi, keenam, perjanjian damai antara kalian dengan Bani Ashfar (orang Eropah/Romawi), mereka kemudian bergerak menuju kalian dengan membawa delapan puluh ghayah.’

Aku bertanya, ‘ apa itu ghayah? Beliau menjawab, ‘panji . dibawah setiap panji terdapat dua belas pasukan. Khemah kaum muslimin ketika itu berada di sebuah kawasan yang bernama Ghauthah di sebuah kota bernama Damaskus’.”Œ1

Hanya Ahmad yang meriwayatkan hadith ini melalui jalur ini.

Abu daud mengatakan Hisyam bin Ammaar bercerita kepada kami, Yahya bin Hamzah bercerita kepada kami, Abu Jabir bercerita kepadaku, Zaid bin Arthah bercerita kepadaku, aku mendengar Jabir bin Nufair, dari Abu Darda’, Rasulullah saw bersabda ,

“khemah kaum muslimin pada hari peperangan besar terletak di Ghauthah, dekat di sebuah kota bernama Damaskus; salah satu kota Syam yang terbaik.2

Akhir kata, semoga info yang sedikit dari rujukan buku An-Nihayah fil Fitan wal Mahalim- Bencana & Peperangan Akhir Zaman Sebagaimana Rasulullah saw Khabarkan dapat kita ambil iktibar daripadanya,  marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita di dunia ini agar kita selamat di alam akhirat nanti. Marilah juga kita meninggalkan perkara-perkara dosa yang mana boleh menjerumuskan kita di dalam neraka Allah SWT. Di akhir zaman ini sudah banyak tanda-tanda kiamat semoga menghayati dan mengambil iktibar dari segala apa tanda-tanda hari kiamat yang telah berlaku. Wallahu A’lam

Œ1HR. Ahmad(vi,hal:25). Bani Ashfar adalah bangsa Romawi. Fusthath adalah sebuah kota tempat orang berkumpul, dan setiap kota disebut Fusthath. Az-Zamakhsyari menjelaskan, fusthath adalah bangunan yang dibuat di tengah perjalanan, bentuknya lebih kecil dari khemah.
2HR Abu Daud(iv/4298), Ahmad (v, hal:197), dishahihkan Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir dan Takhrij Fadha’il Dimasyq.




1486528792157_Signature