Wednesday, February 7, 2018

Tanda-tanda Menjelang Kiamat



Imam Ahmad mengatakan, Abu Mughirah bercerita kepada kami, Safwan bercerita kepada kami, Abdurrahman bin Jubair bin Nazhir bercerita kepada kami, dari ayahnya, dari Auf bin Malik Al-Asyja’i, dia berkata, “Aku menemui Rasulullah saw, lalu aku mengucapkan salam kepada beliau. Beliau bertanya Auf kah itu? Aku menjawab, Ya. Beliau menjawab, sila masuk.’ Aku bertanya, “aku secara keseluruhan atau sebahagian sahaja?’ beliau menjawab, secara keseluruhan.’

Kemudian beliau bersabda, ‘wahai Auf ! hitunglah enam (tanda-tanda) menjelang kiamat, yang pertama adalah kematianku.’ Aku pon menangis hingga Rasulullah saw mendiamkanku. Beliau berkata, katakan, itu pertama.’ Aku berkata, ‘itu pertama’.

Beliau berkata lagi, kedua, penaklukan Baitul Maqdis.’ Beliau berkata, katakan, itu kedua..’ aku berkata, itu kedua.’

Beliau berkata lagi, ketiga, dua kematian yang ada di tengah-tengah ummatku yang menyerang mereka seperti kambing yang mati dengan cepat.’ Beliau berkata, katakan, itu ketiga..’

Beliau berkata lagi, keempat, fitnah paling besar(yang terjadi) di tengah-tengah umatku.’ Beliau berkata, katakan, itu keempat..’

Beliau berkata lagi, kelima, harta melimpah di tengah-tengah kalian hingga seseorang diberi seratus dinar lalu dia marah kerananya.’ Beliau berkata, katakan, itu keempat.’

Beliau berkata lagi, keenam, perjanjian damai antara kalian dengan Bani Ashfar (orang Eropah/Romawi), mereka kemudian bergerak menuju kalian dengan membawa delapan puluh ghayah.’

Aku bertanya, ‘ apa itu ghayah? Beliau menjawab, ‘panji . dibawah setiap panji terdapat dua belas pasukan. Khemah kaum muslimin ketika itu berada di sebuah kawasan yang bernama Ghauthah di sebuah kota bernama Damaskus’.”Å’1

Hanya Ahmad yang meriwayatkan hadith ini melalui jalur ini.

Abu daud mengatakan Hisyam bin Ammaar bercerita kepada kami, Yahya bin Hamzah bercerita kepada kami, Abu Jabir bercerita kepadaku, Zaid bin Arthah bercerita kepadaku, aku mendengar Jabir bin Nufair, dari Abu Darda’, Rasulullah saw bersabda ,

“khemah kaum muslimin pada hari peperangan besar terletak di Ghauthah, dekat di sebuah kota bernama Damaskus; salah satu kota Syam yang terbaik.2

Akhir kata, semoga info yang sedikit dari rujukan buku An-Nihayah fil Fitan wal Mahalim- Bencana & Peperangan Akhir Zaman Sebagaimana Rasulullah saw Khabarkan dapat kita ambil iktibar daripadanya,  marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita di dunia ini agar kita selamat di alam akhirat nanti. Marilah juga kita meninggalkan perkara-perkara dosa yang mana boleh menjerumuskan kita di dalam neraka Allah SWT. Di akhir zaman ini sudah banyak tanda-tanda kiamat semoga menghayati dan mengambil iktibar dari segala apa tanda-tanda hari kiamat yang telah berlaku. Wallahu A’lam

Å’1HR. Ahmad(vi,hal:25). Bani Ashfar adalah bangsa Romawi. Fusthath adalah sebuah kota tempat orang berkumpul, dan setiap kota disebut Fusthath. Az-Zamakhsyari menjelaskan, fusthath adalah bangunan yang dibuat di tengah perjalanan, bentuknya lebih kecil dari khemah.
2HR Abu Daud(iv/4298), Ahmad (v, hal:197), dishahihkan Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir dan Takhrij Fadha’il Dimasyq.




1486528792157_Signature

No comments: