Wednesday, February 7, 2018

MENJAGA ADAB – MENGAWAL MENGUAP



 عن ابي سعيد الخدري رضي الله عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : اذا تثاءب أحدكم فليمسك على فيه فان الشيطان يدخل
Ertinya : Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “ Apabila seseorang daripada kamu menguap, hendaklah dia memegang (menutup dengan tangan ) mulutnya, kerana syaitan ‘masuk’ ( mengusai dirinya ). - Riwayat Muslim

عن ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : اذا تثاءب احدكم فليرده ما استطاع ولا يقولن : هاه هاه, فانما ذلك من الشيظان يضحك منه
Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Apakah seseorang daripada kamu menguap, cubalah elakkannya selagi mana terdaya, dan janganlah berkata : ‘Hah! Hah!’ : kerana ia adalah daripada syaitan yang mentertawakannya.” -  Riwayat al-Tirmizi

الْعُطَاسُ مِنْ اللَّهِ وَالتَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فِيهِ وَإِذَا قَالَ آهْ آهْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْفِهِ وَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا قَالَ الرَّجُلُ آهْ آهْ إِذَا تَثَاءَبَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ فِي جَوْفِهِ

Ertinya : “Bersin itu daripada Allah, manakala menguap itu dari syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya dan jika ia mengeluarkan bunyi "aahh... aahhh..." maka syaitan ketawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” - Riwayat at-Tirmidzi

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:

1.Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2.Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3.Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap.

إذا تثاءب أحدكم فليمسك بيده على فمه فإن الشيطان يدخل
Ertinya : “Jika salah seorang di antara kalian menguap, hendaknya dia tahan mulutnya dengan tangannya, kerana syaitan berupaya untuk masuk.” HR. Muslim
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan : “Dan di antara yang diperintahkan bagi orang yang menguap adalah: jika sedang shalat, maka dia harus menghentikan bacaannya sampai menguapnya selesai, agar bacaannya tidak berubah”. Pendapat yang seperti ini disandarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Mujahid, ‘Ikrimah, dan para tabi’in.

Oleh yang demikian kita bolehlah melaksanakan adab-adab menguap berikut:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap.
Info daripada:

فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

No comments: