Sunday, August 5, 2012

Kandungan usia 4 minggu

Allah  maha besar dan maha mengetahui setiap sesuatu yang telah, sedang ataupun akan berlaku.

Isteriku yang baru aku kahwini hujung bulan april 2012, sangat gembira apabila tidak datang period kerana mengesyaki mengandung. Jadi dia suh la aku beli UPT test tuk test urin sama ada ngandung ke tak.

upt test dibuat pada hari pertama, kedua dan keempat tak datang period. keputusannya menunjukkan 2 lines dimana 1 line adalah samar-samar. mengikut pembacaan dari catalog, blog dan forum, walaupun 1 line adalah samar, tapi keputusannya adalah positif.

hari kelima, isteriku pergi ke klinik di Rembau. Doktor kata upt test result masih samar. doctor tak boleh nak sahkan mengadung atau tidak dan menyuruhnya datang kembali 2 minggu lagi

Namun, pada keesokan harinya, isteriku yang bekerja di kilang proses ayam di Rembau, dikehendaki berurusan dan guide pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan, Jakim, Veterinar yang datang untuk check condition dan kualiti ayam. Jadi hari itu dari pukul 8 pagi - 12 tgh ari adalah waktu yang paling busy, paling penat melayan kerenah pegawai-pegawai tu dan paling TENSION.

Erm.. rezeki itu adalah hak Allah. Akhirnya isteriku turun darah pada hari keenam. perut rasa sakit, pinggang rasa bisa dan badan rasa lemah.

keesokan harinya, isteriku mendapati ada 2 ketul daging sebesar ibu jari yang berasingan. kami beranggapan mungkin dia adalah kembar. memang betul kalau mengandung anak kembar, peluang tuk kandungan survive adalah 50%. walaupun tension dalam beberapa jam tapi kandungan tak boleh survive.

Kami merujuk doctor di senawang. kami mebuat keputusan untuk menjalani ultra sound tuk check keadaan rahim. Dinding rahim dah tak tebal dan keadaan ok. Darah di rahim akan keluar macam period katanya. cuma nasihatnya jika darah keluar selama 2 minggu dan demam berpanjangan, kenela pergi hospital.

aku pun kol mak dan menceritakan keadaan isteriku. Mak aku kata tak yah pantang sebab masih terlalu awal. Tapi melalui pembacaan dari blog dan forum, ada yang mengatakan suruh berpantang selama 2 minggu. kawan isteriku yang baru beranak pun nasihatkan berpantang.

banyak hikmah disebalik ape yang berlaku. Sebenarnya aku sendiri tak sedia tuk jadi bapa. Mana taknya, aku baru je keje masa kahwin hari tu. dan aku pun belum duduk satu rumah dengan isteriku. hanya seminggu sekali atau 2 kali balik. kesian isteri ku tinggal sorang2. duit gaji pun tak dapat simpan. bayar kereta, rumah sewa, duit minyak, tol dan macam2, abis camtu je.

Kalau aku merancang, aku tak tau keadaan samaada isteriku boleh ngandung ke tak. takut apabila merancang, kita tak sedar sama ada kita ada masalah tuk mengandung. mungkin masalah dari suami ataupun perempuan.

tapi kalau isteriku masih mengadung aku bersyukur dan terima anugerah yang diamanahkan oleh tuhan dengan redha. insyaallah, orang kata anak itu adalah rezeki. insyaallah, allah akan cari jalan tuk tambahkan rezeki tuk anak2.

Semoga isteri sentiasa sihat dan tidak sedih terlalu lama... love you so much.



No comments: