Wednesday, January 2, 2013

Selamat tinggal 2012 & selamat datang 2013

Pada tahun ini umur aku adalah 26 tahun. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT.. Pada tahun 2012, banyak  peristiwa-peristiwa yang menarik dalam hidup ini.

Antaranya apa yang berlaku pada tahun 2012 adalah:

  1. Habis praktikal pada 25 March
  2. Memulakan kerja pada 2 April
  3. Nikah dan menjadi suami kepada umairah pada 21 April
  4. Konvokesyen Unisel pada 13 Oktober dan mendapat anugerah pengerusi iaitu anugerah kedua tertinggi
Insyaallah.. tahun 2013 akan terlaksana beberapa azam baru..

Tuesday, November 6, 2012

Terima Kasih UNISEL

Baru-baru ini, banyak kontroversi baru tentang UNISEL dihebohkan oleh media. Bermula dengan pelajar tidak dpat masuk ke hostel, sehingga la dikatakan UNISEL mengalami kerugian.

Sebagai bekas pelajar UNISEL 2009-2011 saya merasakan suatu hari nanti UNISEL akan menjadi sebuah universiti yang terbaik di malaysia. Walaupun UNISEL sekarang dikecam, dikeji, dicemuh oleh media arus perdana disebabkan perkara tertentu, namun jika dinilai dengan peratusan pelajar UNISEL yang mendapat kerja adalah kedua tertinggi di Malaysia berbanding IPT yang lain, sedikit sebanyak membantu dan mempromosi UNISEL seterusnya menenggelamkan tanggapan negatif terhadap UNISEL.

UNISEL memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan modal insan negara ini untuk memenuhi keperluan industri negara dan perkembangan ekonomi negara.

Walaupun UNISEL menetapkan hanya 3 credit SPM untuk memasuki U ini, dan pelajar2 yang memasuki U ini tidak semuanya cemerlang, namun mereka boleh berubah ketika belajar di U.

Saya ada mempunyai kawan baik sesama belajar dalam sains komputer. Dia memang fail la bab matematik. saya tanya: 1 darab -1 dapat berapa.. dia: emmmm tah la rin.. memang slow bab ilmu hisab ini. Dan saya banyak bantu dia untuk lulus dalam subjek math. Akan tetapi, dia memang power bab network. dia minat network sehingga dia lepas exam CCNA level 4. dia power bab hacking. senang citer, kalau citer pasal network, internet, server, web dan juga multimedia dia power. Dengan memperolehi diploma, dan ijazah sarjana muda komp sc, dia dapat menikmati gaji setaraf dengan ijazah selepas habis belajar.

Saya mahu bercerita bagaimana seseorang itu tidak layak untuk memasuki IPTA, namun sesudah tamat pengajian di UNISEL, apabila dia berkerja sebenarnya dia mampu bekerja setanding atau lebih mahir berbanding pelajar keluaran IPTA atau UNITEN, MMU, dan Uni Petronas.

UNISEL mempunyai pelajar-pelajar yang berlainan tahap IQ dan EQ yang agak ketara. Dengan memiliki pelajar seperti ini, UNISEL berjaya melahirkan graduan yang boleh bekerja dalam apa2 bidang sekali pun. Ada keje gomen, swasta dan ada antara mereka menjadi usahawan, bekerja sendiri dengan membuka perniagaan sendiri. Dengan perkembangan sektor IT di negara ini, banyak graduan2 IT mendapat pekerjaan terutamanya bidang programming, design dan testing.

Saya amat berterima kasih kepada UNISEL kerana menyediakan peluang belajar kali kedua. UNISEL juga menyediakan pembelajaran dan pengajaran setanding dengan IPTA dan IPTS yang lain. Selain itu, kemudahan seperti hostel, ada wifi lagi amatlah dihargai.

Dengan menerima RM3000 daripada Menteri Besar Selangor, saya rasa bersyukur kerana belajar di UNISEL. bukan sahaja dapat anugerah, bahkan dalam ijazah kelas pertama. di harap, PTPTN dapat melupuskan pijaman itu dan ditukar kepada biasiswa. Alhamdulillah.

Tak lupa jasa ibu bapa saya yang banyak berkorban wang ringgit, masa untuk belajar di UNISEL. Dengan itu saya bagilah separuh dari wang yang saya dapat itu kepada ibu bapa saya. Separuh lagi simpan lah.. nak beli tablet pun, kene pk 10 kali sebab banyak komitmen kene bayar.

Isteri saya juga tak dilupakan.. walaupun isteri saya tak banyak membantu ketika saya study, namun saya menghargai beliau kerana setia dengan saya dan sanggup tunggu saya abis belajar. abis je belajar, terus kawin.. Alhamdulillah, rezeki dari tuhan.

Terima kasih kepada kawan2 yang mengenali diri ini dan juga pensyarah2 yang banyak membantu saya.

Terima kasih UNISEL....................

Tuesday, October 23, 2012

Semoga UNISEL melahirkan lebih banyak Graduan yang mampu berdaya saing.


BESTARI JAYA, 13 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati graduan Universiti Selangor(Unisel) agar berdikari dan tidak takut meneroka ilmu baru bagi bersaing mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 1,500 hadirin semasa Majlis Istiadat Konvokesyen Ketujuh Unisel di Di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya di sini hari ini
“Mahasiswa Unisel mendapat pengiktirafan dan anugerah di peringkat negara dan antarabangsa kerana kecemerlangan akademik dan projek masing-masing yang ada di antaranya mengatasi pencapaian universiti-universiti tempatan yang lain,” kata Abdul Khalid
Abdul Khalid berkata, graduan perlu berusaha mencari kerja dengan mencari inisiatif sendiri serta menambah kemahiran sedia ada dari masa ke semasa.
“Apabila graduan sudah tamat belajar maka perlu bersedia memberikan khidmat bagi manfaat diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
“Graduan juga harus memahami bahawa ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ditimba di Unisel perlu terus diperbaharui,” kata Abdul Khalid.
Ujar beliau, perkembangan teknologi yang terus berkembang dan berubah menuntut graduan agar bersedia dan peka dengan perkembangan serta bijak menggunakan teknologi itu untuk memajukan negara.
“Kepada graduan yang sudah mempunyai pekerjaan tetap agar sentiasa membuka minda serta mencari peluang untuk memajukan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi.
“Dengan ini graduan Unisel dapat berdikari dan mampu maju ke hadapan dalam bidang yang diceburi,” ujar Abdul Khalid.
Untuk edisi kali ini, seramai 2067 orang pelajar layak menerima sijil Diploma dan Ijazah masing-masing.
Abdul Khalid juga memaklumkan Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM270 juta bagi membiayai Universiti Selangor (Unisel) dalam bentuk pembayaran hutang, pembangunan dan membaik pulih prasarana, pengurusan kakitangan dan juga biayai kakitangan akademik untuk menyambung pelajaran.
Beliau juga berkata masalah asrama yang dihadapi oleh pelajar sebelum ini berjaya diselesaikan dengan berhemah oleh pengurusan Unisel.

Komen aku: Fasiliti Unisel Baik Dan Yuran Berpatutan, Kata Graduan Penerima Anugerah Kecemerlangan


BESTARI JAYA, 14 OKT : Fasiliti yang baik dan yuran berpatutan itu gambaran yang diberikan oleh empat graduan Universiti Selangor (Unisel) yang menerima hadiah kecemerlangan akademik pada Majlis Konvokesyen Ketujuh di Dewan Canselor Kampus Unisel Bestari Jaya semalam.
Kejayaan itu lebih manis apabila dapat diraihkan bersama para ibu-bapa, pensyarah dan rakan seperjuangan yang turut memberikan sumbangan besar kepada kejayaan mereka.
Bagi Pelajar Ijazah Senilukis dan Senireka, Noor Hanini Ishak yang dinobatkan penerima Anugerah Canselor menyifatkan, kejayaannya adalah hasil kerja keras dan sokongan padu semua pihak yang tidak mengenal erti penat lelah.
“Sebelum ini keputusan peperiksaan saya sederhana sahaja, apabila saya masuk Unisel pertama yang saya buat ialah menulis di atas kertas yang saya mahu mendapatkan Ijazah Kelas Pertama.
“Dengan berkat doa ibu-bapa dan keluarga dengan izin Allah saya berjaya mendapat apa yang saya inginkan,” katanya yang menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM5,000.
Sementara itu, Graduan Pendidikan Pra-Sekolah daripada Fakulti Sains Sosial, Khuzairah Nabisah Ahmad Tazli yang menerima Anugerah Exco Pendidikan akan menyambung pelajaran lebih tinggi bagi memberikan sumbangan besar kepada negara.
Khuzairah menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM2,500 yang disumbangkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
“Saya terharu dan amat berbangga menerima anugerah ini serta ucapan terima kasih kepada kerajaan Selangor, ibu-bapa, keluarga dan rakan seperjuangan,” katanya.
Manakala Anugerah Pengerusi 2012 diterima graduan Sarjana Muda Sains Komputer daripada Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Mohd Hasrin Othman.
Beliau menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 sumbangan Yayasan Selangor yang disampaikan oleh Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Sebelum ini saya pernah gagal belajar di luar negara, namun apabila balik ke Malaysia, saya memohon masuk ke Unisel kerana menawarkan yuran yang rendah dan mempunyai fasiliti kemudahan yang bagus.
“Jadi apabila masuk ke Unisel saya menanam azam yang kuat untuk berjaya dan akhirnya berjaya seperti hari ini,” katanya.
Sementara itu , Anugerah Naib Canselor dianugerahkan kepada graduan Sarjana Muda Perkaunan Fakulti Perniagaan, Virgilia Cheo Eng Chin yang menyifatkan kejayaan yang dicapainya merupakan kejayaan semua pihak.
Beliau menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM2,500 sumbangan daripada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
“Saya ingin kongsikan kejayaan saya pada hari ini kepada ibu-bapa dan keluarga saya serta pensyarah yang memberikan sokongan yang kuat selama empat tahun.
“Impian yang saya tanam sejak menjejakkan kaki pada hari pertama di Unisel telah tercapai hari ini dan saya amat berterima kasih kepada semua,” katanya.

76.5 peratus dapat pekerjaan... Tahniah Unisel kerana memberi peluang untuk belajar


BESTARI JAYA, 13 OKT : Universiti Selangor (Unisel) berjaya membuktikan keunggulan dan kecemerlangan institusi itu apabila berjaya melahirkan graduan berkualiti untuk pasaran pekerjaan negara.
Canselor Unisel, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, graduan Unisel juga lebih mudah mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang hasil daripada latihan industri yang diwajibkan kepada semua siswazah.
“Difahamkan melalui kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bahawa graduan Unisel adalah yang tertinggi bagi aspek kebolehpasaran untuk syarikat swasta di dalam negara dan antarabangsa.
“Pelajar Unisel adalah kedua tertinggi dalam negara untuk IPTS dalam aspek kebolehpasaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu 76.5 peratus selepas enam bulan bekerja,” kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Istiadat Konvokesyen Ketujuh Unisel di Di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya.
Ujar Arshad pencapaian itu membuktikan ramai pihak yang berkeyakinan tinggi dengan kemampuan graduan Unisel untuk bersaing di peringkat tinggi.
“Penambahan pelajar baru Unisel untuk tahun ini telah melebihi 4,500 orang pelajar iaitu satu jumlah pengambilan yang besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Ini menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan Unisel mendidik anak-anak mereka,” kata Arshad.
Beliau menambah sepanjang 2012, Unisel menempa banyak kejayaan dalam bidang penyelidikan dan aktiviti kokurikulum staf dan para pelajar.
“Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan sehingga Unisel dapat mencapai kecemerlangan di mata dunia,” ujar beliau.