Baru-baru ini, banyak kontroversi baru tentang UNISEL dihebohkan oleh media. Bermula dengan pelajar tidak dpat masuk ke hostel, sehingga la dikatakan UNISEL mengalami kerugian.
Sebagai bekas pelajar UNISEL 2009-2011 saya merasakan suatu hari nanti UNISEL akan menjadi sebuah universiti yang terbaik di malaysia. Walaupun UNISEL sekarang dikecam, dikeji, dicemuh oleh media arus perdana disebabkan perkara tertentu, namun jika dinilai dengan peratusan pelajar UNISEL yang mendapat kerja adalah kedua tertinggi di Malaysia berbanding IPT yang lain, sedikit sebanyak membantu dan mempromosi UNISEL seterusnya menenggelamkan tanggapan negatif terhadap UNISEL.
UNISEL memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan modal insan negara ini untuk memenuhi keperluan industri negara dan perkembangan ekonomi negara.
Walaupun UNISEL menetapkan hanya 3 credit SPM untuk memasuki U ini, dan pelajar2 yang memasuki U ini tidak semuanya cemerlang, namun mereka boleh berubah ketika belajar di U.
Saya ada mempunyai kawan baik sesama belajar dalam sains komputer. Dia memang fail la bab matematik. saya tanya: 1 darab -1 dapat berapa.. dia: emmmm tah la rin.. memang slow bab ilmu hisab ini. Dan saya banyak bantu dia untuk lulus dalam subjek math. Akan tetapi, dia memang power bab network. dia minat network sehingga dia lepas exam CCNA level 4. dia power bab hacking. senang citer, kalau citer pasal network, internet, server, web dan juga multimedia dia power. Dengan memperolehi diploma, dan ijazah sarjana muda komp sc, dia dapat menikmati gaji setaraf dengan ijazah selepas habis belajar.
Saya mahu bercerita bagaimana seseorang itu tidak layak untuk memasuki IPTA, namun sesudah tamat pengajian di UNISEL, apabila dia berkerja sebenarnya dia mampu bekerja setanding atau lebih mahir berbanding pelajar keluaran IPTA atau UNITEN, MMU, dan Uni Petronas.
UNISEL mempunyai pelajar-pelajar yang berlainan tahap IQ dan EQ yang agak ketara. Dengan memiliki pelajar seperti ini, UNISEL berjaya melahirkan graduan yang boleh bekerja dalam apa2 bidang sekali pun. Ada keje gomen, swasta dan ada antara mereka menjadi usahawan, bekerja sendiri dengan membuka perniagaan sendiri. Dengan perkembangan sektor IT di negara ini, banyak graduan2 IT mendapat pekerjaan terutamanya bidang programming, design dan testing.
Saya amat berterima kasih kepada UNISEL kerana menyediakan peluang belajar kali kedua. UNISEL juga menyediakan pembelajaran dan pengajaran setanding dengan IPTA dan IPTS yang lain. Selain itu, kemudahan seperti hostel, ada wifi lagi amatlah dihargai.
Dengan menerima RM3000 daripada Menteri Besar Selangor, saya rasa bersyukur kerana belajar di UNISEL. bukan sahaja dapat anugerah, bahkan dalam ijazah kelas pertama. di harap, PTPTN dapat melupuskan pijaman itu dan ditukar kepada biasiswa. Alhamdulillah.
Tak lupa jasa ibu bapa saya yang banyak berkorban wang ringgit, masa untuk belajar di UNISEL. Dengan itu saya bagilah separuh dari wang yang saya dapat itu kepada ibu bapa saya. Separuh lagi simpan lah.. nak beli tablet pun, kene pk 10 kali sebab banyak komitmen kene bayar.
Isteri saya juga tak dilupakan.. walaupun isteri saya tak banyak membantu ketika saya study, namun saya menghargai beliau kerana setia dengan saya dan sanggup tunggu saya abis belajar. abis je belajar, terus kawin.. Alhamdulillah, rezeki dari tuhan.
Terima kasih kepada kawan2 yang mengenali diri ini dan juga pensyarah2 yang banyak membantu saya.
Terima kasih UNISEL....................
1 comment:
boleh email saya, hadijah2008@gmail.com. penting..ada nak tanya pasal unisel
Post a Comment