Saturday, July 28, 2012

Akhirnya habis juga pengajian tinggiku di UNISEL

Sudah lama tak memblog. Rasa malas gak untuk menaip. Tapi sebenarnya ade bende nak share kepada semua pembaca.

Pada 25 March 2012 adalah hari terakhir praktikal di salah sebuah company IT di Kota Kemuning. Dan hari itu juga hari terakhir aku digelar pelajar universiti la kot.. Alhamdulillah, setelah tamatnya latihan industri, aku terus diserap untuk menjadi pekerja di company itu. syukur pada tuhan kerana memberiku pilihan yang tepat.

Gaji? dapat la RM2+++. Oklah sebagai fresh graduate dpt gaji sebanyak itu.

 Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak menolong ketika belajar di UNISEL. UNISEL telah memberi saya peluang kedua untuk meneruskan pengajian.

Sesiapa yang mempunyai cita-cita untuk meneruskan pengajian tinggi, tetapi tak dapat offer dari memana universiti, better masuk UNISEL. Lecturer pun bagus, facilities pun OK, masjid cantik, library besar, dan yang paling penting yuran adalah sangat murah jika dibandingkan dengan universiti swasta yang lain.

Akhir kata, salam ramadhan 2012 semua.

No comments: