Monday, July 30, 2012

Penyakit Gaut

Gaut adalah disebabkan pembekakan sendi akibat daripada pembentukan kristal-kristal di sendi tersebut. Kristal ini wujud apabila terlampau banyak asid uric dan uric acid ni terlebih kerana terlampau banyak protein.

Aku da kene gaut sejak berumur 22tahun. Mudakan?

Hampir semua doktor yang baru aku g untuk minta ubat gaut macam tak percaya je aku da kene gaut. diorang pelik. siap tanya da amik darah ke? betul ke uric acid tinggi? dan selalu tanya makan ape sejak dua menjak ni..

Cam biasa la, makan macam mana nak control. Asal rasa cam nak makan je amik je la. Asal rase cam sedap, rase je la. Mula2 memang la rasa, pastu rasa tu bertambah2 nak lagi.. Haa amik kau gaut dtg lagi..

Makanan yang biasa dimakan untuk pesakit gaut ni adalaH:
  1. kekacang, tak kesah la kacang botol, kacang panjang, kacang tanah, kacang warna tu warna ni, kacang soya, bubur kacang merah.. memang byk protein natang ni..
  2. daging merah.. cam daging lembu, kambing
  3. organ dalaman cam hati, paru
  4. roti gardenia. sbb kekadang aku makan, kene gak
  5. sardin pun leh menyebabkan gaut gak kengkadang la
  6. bijirin cam jagung
  7. cendawan
  8. seafood. Ketam, udang, sotong, kupang, kerang. Tapi ikan boleh dimakan sebb kurang protein.
  9. banyak lagi la pantang leh search kat tenet.
sebenarnya, aku kene gaut ni mungkin sbb berat badan terlampau gomok sangat. Sekang, hampir cecah 100kg.. slim gak la perut den sekang ni. BMI tak yah cakap la. da leh kategori outsetanding normal da ni. BMI sekang baru 34. Masih OK kot..

Papepun, tak tau la bila la leh kuruskan badan. badan yg gomok camni leh datang banyak penyakit. Den cubala makan sikit2 dulu, lelama jadi bukit..huahuahua


Saturday, July 28, 2012

Akhirnya habis juga pengajian tinggiku di UNISEL

Sudah lama tak memblog. Rasa malas gak untuk menaip. Tapi sebenarnya ade bende nak share kepada semua pembaca.

Pada 25 March 2012 adalah hari terakhir praktikal di salah sebuah company IT di Kota Kemuning. Dan hari itu juga hari terakhir aku digelar pelajar universiti la kot.. Alhamdulillah, setelah tamatnya latihan industri, aku terus diserap untuk menjadi pekerja di company itu. syukur pada tuhan kerana memberiku pilihan yang tepat.

Gaji? dapat la RM2+++. Oklah sebagai fresh graduate dpt gaji sebanyak itu.

 Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak menolong ketika belajar di UNISEL. UNISEL telah memberi saya peluang kedua untuk meneruskan pengajian.

Sesiapa yang mempunyai cita-cita untuk meneruskan pengajian tinggi, tetapi tak dapat offer dari memana universiti, better masuk UNISEL. Lecturer pun bagus, facilities pun OK, masjid cantik, library besar, dan yang paling penting yuran adalah sangat murah jika dibandingkan dengan universiti swasta yang lain.

Akhir kata, salam ramadhan 2012 semua.