10 Disember 2011...
Abah: erm.. ko ni, keje pun tak lagi, da nak kahwin!!
Aku: In nak kahwin bukan kerana papepun abah. In kahwin ikhlas untuk jaga dia. Dia baru kematian ayahnya, sekarang duk ngn mak tiri. Sian dia abah. Insyaallah rezeki itu tetap ada. dia bukan nak minta hantaran banyak. dia minta al-quran je abah. tak lebih pun.
Abah: itu cakap dia. dia takde hak untuk bercakap sbb dia bukan sebatang kara. Ko bukan tahu dia ade sedara mara. walaupun bapak dia da meninggal, tapi kaum kerabat dia ada. tah-tah dia minta itu ini. kalau dia sebatang kara, bulan depan abah kahwinkan ko...
Aku: tah la abah, kesian dia..
Abah: Ko sebagai lelaki, sebelum ko kesiankan orang lain, ko kene kesiankan mak bapak ko dulu, pastu adik beradik barulah orang lain!!!
Aku: ( Tergamam aku seketika sambil menahan air mata yang nak kuar. Biasela bapak aku memang jenis panas baran ). In sayang abah dan mak. In bukan nak kawin sebab sayang kan si dia saje.
Abah: Ko kene tahu tanggungjawab sebagai suami. ko kene bertanggungjawab kepada ibu bapa sendiri, isteri, ibu bapa belah isteri dan juga bertanggungjawab kepada adik beradik terutama adik beradik perempuan.
Aku: Yelah abah..
Sebenarnya banyak bapa aku katakan. huhu.. Mula2 memang la dia marah. Mana tak marah, dia memang sangat risau pasal aku. Keje tak lagi. baru je wat praktikal kat shah alam. dengan elaun RM800 sebulan, kereta bapak aku bagi pinjam, bagi lagi duit bulanan RM400.. da mula cakap pasal kahwin. Hidup aku pun masih ditanggung leh bapak, camne aku nak tanggung isteri aku nanti... aku pun tak tau nasib aku. hanya berserah pada yang Esa.
Setiap malam aku cuba istiqamah.. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat dan sunat hajat nabi yunus 2 rakaat. hampir tiap2 ari baca surah yasin dan berdoa apabila jumpa perkataan Mubin..
Akhirnya, bapak aku merancang untuk buat majlis dalam awal tahun 2012. huh awal tu jugak tu.. aku pun tak tau samaada aku dapat kerja atau tak. Aku cuma berserah pada tuhan yang lagi mengetahui.
So, pertengahan bulan 12, aku watla appointment ngn keluarga si isteri aku. bertekak gak la ngn Pak Ngah dia. sampai kuar air mata gak la bertekak. Mana tak nya, aku nak wat kenduri kecil-kecilan, isteri aku pun setuju, tapi sedara-mara nak gak wat kenduri. nak gak hantaran 10K katanya.. itulah akibat sedara mara yang mengaku seperti ayah dia.
Inilah pengajaran pertama bagi aku. betulla apa yang bapak aku cakap. Selagi dia ada sedara mara, dia tu takde hak tuk cakap pasal hantaran. ketika bertekak ngn Pak Ngah, isteriku hanya senyap jer. erm.. memang aku sorang je cakp tuk wat hantaran kecil-kecilan. Tapi sedara mara dan ibu tirinya setuju apa-apa keputusan Pak Ngah dia.. huh.. memang ape yg aku dengar sebelum ini daripada mulut isteri aku adalah tidak boleh dipakai langsung..
Sehari sebelum bertunang, aku, abg aku (hazwan), mak dan bapak aku pegi kerumah isteriku untuk berbincang. akhirnya mak bapak aku sepakat 8k sbg hantaran. walaupun hati aku tak tenteram, tapi aku terpaksa la menerima apa-apa keputusan yang dipersetujui. pada masa itu ditetapkan tarikh kahwin pada hujung bulan 4.
Alhamdulillah, akhirnya aku bertunang pada 25 Disember 2011, dan bernikah pada 21 April 2012. Walaupun banyak masalah berlaku sebelum ini, aku bersyukur kerana majlis berlangsung dengan baik.
Antara dugaan yang dihadapi ketika tempoh tunang:
1.aku langgar teksi. abis myvi, 3minggu dalam workshop
2. masalah siapa jadi wali kepada isteriku
3.gaduh la sikit2 ngn bakal isteriku. biasala sikit2.. tapi takde la sampai bagi tau ibu bapa aku.
Aku pun dapat offer keje pada bulan April 2012. walaupun tak dapat gaji pertama lagi, aku da dapat permission KAHWIN. huhuhu.. memang kuasa tuhan mengatasi segala-segalanya.
Aku juga mahu berkongsi sedikit sebanyak ape yang aku amalkan ibadah2 sehingga dapat rezki camni.
1. sebelum tido wat solat taubat dan solat hajat
2. baca surah yasin setiap ari dan jgn lupa berdoa ketika jumpa mubin.
3. surah2 yang dibaca setiap kali lepas solat fardu:
3.1 al-ikhlas 3x
3.2 Lakad jaakum sampai abis 3x
3.3 Ayat seribu dinar 3x
3.4 ayatul kursi 1x
3.5 Fatihah 1x kepada Nabi Muhammad SAW, ibu bapa dan diri sendiri.
4. berdoa dipermudahkan segala urusan setiap kali pas mayang fardu.
insyaallah........... allah maha pemurah lagi pengasih
No comments:
Post a Comment